Dikenali sejak pembabitan suaminya dalam politik negara pasti ramai yang perasan satu perkara tentang penampilan Dato’ Seri Dr Wan Azizah  Ismail, yang juga isteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 10 yang baru dilantik.

Gaya tudungnya tak pernah berubah sejak dari dulu hinggalah sekarang. Tetap dengan pilihan kerudung yang sama walaupun ada pelbagai fesyen hijab di ketengahkan ketika ini.

Stail Tudung Tak Pernah Berubah, Dr Wan Azizah Kongsi Cerita Di Sebaliknya

Lebih memilih jenis fesyen bawal yang kainnya dilabuhkan menutup dada dan melipat penuh menampakkan sisi kedua pipinya, secara tak langsung gaya ini memang menaikkan seri wajahnya sebagai seorang ibu yang penyayang.

Apa yang menarik rupanya ada rahsia di sebalik kesetiannya pada gaya tudung sama yang dikenakan hampir 5 dekad. Dalam satu temubual bersama majalah Nona baru-baru ini beliau mengungkap cerita tentang perkara itu.

Stail Tudung Tak Pernah Berubah, Dr Wan Azizah Kongsi Cerita Di Sebaliknya

Stail Tudung Berkait Dengan Bidang Kerjaya

IKLAN

Dr. Wan Azizah mengaku sebenarnya gaya tudungnya membawa identiti dan sedikit sebanyak berkait rapat dengan kerjayanya sebagai doktor. Maka beliau perlu tudung yang ringkas.

“Saya kurang tukar (fesyen tudung) sebab bila saya jadi Doktor, senang nak bagi stetoskop masuk ikut bawah. Jadi telinga saya bila nak dengar, rasa sakit kan.”

“Bila saya tukar saya rasa janggal, jadi saya pakai macam ni senang. Lagi pun bila saya keluar dengan suami saya ada program, saya tidak ada banyak masa.”

Stail Tudung Tak Pernah Berubah, Dr Wan Azizah Kongsi Cerita Di Sebaliknya

IKLAN

“Saya kena cepat-cepat siap. Mula-mula saya pakai tudung tahun 1973, uols pun tak bersalin lagi, uols tak ada nak hidup lagi. Tetapi lepas tu saya tak tukar kerana mudah dan kalau saya tukar, rasa macam bukan diri saya. Identiti saya macam ni dah.”

 

Selain itu:  Cara Penjagaan Kulit Ahli Kumpulan BLACKPINK, Patutlah Cantik Dan Glowing!

Kalau dilihat sehingga kini pun, beliau selesa dengan gaya tersebut. Masih mempersonakan mata kita yang melihat raut wajahnya yang suka tersenyum manis sewaktu membuka bicara.

Stail Tudung Tak Pernah Berubah, Dr Wan Azizah Kongsi Cerita Di Sebaliknya

IKLAN

Okay, jom kita lihat manisnya Dato’ Seri Dr Wan Azizah melalui lensa kamera dengan memakai tudung ikut gaya fesyen yang disukainya.

Stail Tudung Tak Pernah Berubah, Dr Wan Azizah Kongsi Cerita Di Sebaliknya

Bersama anak-anak tersayang, jelas kelihatan beliau seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anak perempuan menutup aurat.

Stail Tudung Tak Pernah Berubah, Dr Wan Azizah Kongsi Cerita Di Sebaliknya

Nampak anggun dan keibuan, bukan? Masih belum terlambat kalau anda pun ingin mencuba stail tudung seperti Dato’ Seri Dr Wan Azizah pakai. Yang penting selesa dan menutup aurat.

Sumber bual bicara: Nona

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI