Orang kata, sembur air timun saja kulit dah nampak lain ya. Nak-nak pula usia semakin meningkat, kulit wajah memerlukan penjagaan yang rapi untuk kelihatan sihat dan cantik.

Dengan cara yang cukup jimat dan mudah, anda boleh buat sendiri face mist daripada buah timun. Kalau beli yang dah siap, harga boleh cecah ratus, paling murah pun RM50 sebotol. Jadi baiklah buat sendiri.

Tip cantik ini dikongsikan oleh Puan Fyza Shah di laman media sosial miliknya. Haa… selepas ini semua orang boleh sembur air timun sahaja untuk kekalkan kecantikan kulit wajah.

Sembur Air Timun Untuk Kulit Glow

Kulit sejuk selesa dengan Face Mist Cucumber. Ekstra glowing gittew
Face mist atau semburan untuk muka ni dah jadi salah satu regimen penting penjagaan muka.

Selain memberi kesegaran, menyejukkan dan menenangkan kulit, face mist boleh memberi kelegaan untuk kulit yang penat atau letih, kulit yang luka atau burn disebabkan sinaran uv yang merbahaya.

Nak cerita bab face mist ni, banyak sangat. Bukan takat boleh menenangkan taw, tapi kulit jadi glow dan lebih sekata.

Sebenarnya, nak buat homemade face mist ni banyak sangat bahan kat dapur boleh guna. Lemon, aloe vera, air ros termasuk timun antara yang boleh dan mudah digunakan.

Bahan ni memang menyejukkan kulit. Fyza pilih timun sebab mudah, murah dan efek dia sejuk kat kulit. Fefeling damai sentosa lepas sembur kat muka.

Timun ni kandungan air dia tinggi. Sesuai sangat untuk kulit yang panas terbakar disebabkan matahari, halang kekeringan pada kulit dan kawal penghasilan sebum.

IKLAN

Paling best timun boleh rangsang kolagen kulit, timun bertindak sebagai anti penuaan yang baik, elak kedutan dan garisan halus.

Selain itu:  Kurangkan Parut Guna Dua Bahan Dan Tiga Langkah, Hanya 10 Minit Kulit Jadi Lembut!

Nampak je timun ni biasa-biasakan. Tapi timun ni kaya sangat dengan kandungan vitamin c, vitamin a, vitamin k, kawal melanin, dan tingkatkan kecantikan asli.

Kalau korang kulit pernah breakout sebab salah produk, atau ada jerawat yang bengkak-bengkak tu elok sangat guna face mist timun ni tau. Pakai hari- hari lepas cuci muka atau lepas siap mekap.

Okay boleh tengok video untuk lebih clear full step by step nak buat face mist yang sejuk, segar dan menenangkan ni.

Sembur Air Timun, Kulit Ekstra Glowing Kalau Amal Lepas Cuci Muka

Cara buat Face Mist Cucumber

IKLAN

1 batang timun dibuang kulitnyer. Potong kecil-kecil dan rebus jap dengan api perlahan 5 minit.

Sembur Air Timun, Kulit Ekstra Glowing Kalau Amal Lepas Cuci Muka

Sembur Air Timun, Kulit Ekstra Glowing Kalau Amal Lepas Cuci Muka

Ambil timun dengan air rebusan tu dan blend. Lepas lumat, amik tapis dan tuang ke dalam bekas.

Sembur Air Timun, Kulit Ekstra Glowing Kalau Amal Lepas Cuci Muka

IKLAN

 

 

Simpan dulu dalam peti bagi sejuk beberap jam. Dah sejuk boleh guna dan spray kat muka dengan penuh kenikmatan.

Sembur Air Timun, Kulit Ekstra Glowing Kalau Amal Lepas Cuci Muka

 

Rasa sejuk, tenang dan damaii macam duduk tepi pantai sambil hirup fresh oren.

Sembur Air Timun, Kulit Ekstra Glowing Kalau Amal Lepas Cuci Muka

Boleh lah nak #SHARE kalau nak buat atau simpan kan. Sharing is caring.

TIP:
Letak air timun ini ke dalam botol semburan bersih dan simpan di dalam peti sejuk. Jangan lupa goncang sebelum digunakan untuk serapan yang lebih baik.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI